Wednesday, January 27, 2010

Al-Fatihah

Kg Baru Sg Ling 27 Jan. Rokiah bt Abo Rahim (Wak Rokiah) balu kepada Allahyarham Atok Rovi, emak kepada Ngangang, telah kembali kerahmatullah kerana sakit tua pada jam 4.30 pagi tadi.

Jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kg Baru Sg ling pada jam 2 petang.

Al-fatihah

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mengasihani, segala puji-pujian bagi Allah seru sekelian alam, salam serta salawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW. dan keatas ahli keluarganya serta sahabat-sahabat baginda sekelian.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim ya Hayyum ya Qayyum, Kau ampunilah dosa kedua ibu bapa kami dan berilah kesejahteraan kepada mereka.

Ya Allah ya Tuhan kami, Kau rahmatilah dan sejahterakanlah roh Allahyarhamah Bonda Rokiah bt Abo Rahim yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini 11 Safar 1431 Hijrah bersamaan 27 Jan 2010.

Ya Allah ya Tuhan kami, Kau berikanlah kesabaran dan kesihatan kepada saudara Mohd Akhyar (Ngangang)serta seluroh keluarga Allahyarhamah

Salam takziah daripada Mohd Nor b Senawi dan seisi keluarga.

Tuesday, January 26, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Pejam celik pejam celik dah pun berada ditahun baru kita. Bertambahlah umur setahun lagi. Harap-harap dapatlah juga ditambah amalan.
Kini sudah hampir sebulan saya bekerja di tempat belian buah kelapa sawit di Jengka 4. Adapun kerja saya ini tidaklah teruk sangat, memindahkan tandan kosong yang mahu dilupuskan dari kilang memperoses Jengka 3. Tapi yang mahu saya bercerita disini ialah baunya...mak datuk, tak dapat nak saya bayangkan akan baunya. Tapi itulah hakikatnya hasil buangan daripada proses untuk mendapatkan minyak sawit yang akhirnya menjadi bahan makanan kita.
Kalau dulu bila pulang dari kerja saya akan singgah dulu ngeteh bersama rakan di kedai Lilik atau pekena roti canai Ambam kat Bukit Genting, tapi sekarang ni saya dah ubah jadul harian. Habis kerja misti balik kerumah mandi dulu apa cerita pun. Godaan Mak Jan ajak minum pun tak jalan punya. Lepas mandi ok. Saya pula yang ajak Mak Jan keluar minum. Bukan apa, baunya melekat kat baju. Tu yang tak tahan, malu.
Maka terfikirlah oleh saya kerana sebab itu lah tahi kita amat busuk sekali. Ops, orang kata kalau cerita sudah sampai ke tahi kena berenti.