Aslammualaikum semua.
Hampir setiap hari hujan menitiskan airnya dari langit. Semalam bukan sekadar menitis aje, tapi mencurahkan airnya kebumi ini. Maka dengan itu rumah Arop sudah melewati betis paras airnya. Tapi mujurlah sekejap aje dan air kembali surut pada waktu tengah malam. Hilang lah kerisauan diwajah arop.
Semalam juga Kg baru sg ling juga dengan rasminya telah menerima satu keluarga baru menjadi warganya. Nik Mud dan pasangannya Mek Yah mengadakan kenduri doa selamat dan aqiqah, sempena berpindah kerumah baru mereka yang baru saja siap. Selamat datang Nik Mud dan keluarga ke kampung ini saya ucapkan moga dengan kehadiran kalian dapat menyumbang kebaikan terhadap kampung dan warga disini.
Oh semalam juga sengkak perut orang sungai ling kerana Pak Ambih juga telah mengadakan kenduri kawin anak perempuannya. Meriah sungguh majlisnya, bertambahlah seorang lagi menantu Pak Ambih. Kepada kedua mempelai saya ucapkan selamat pengantin baru, semuga kekal bahagia hingga keakhir hayat.
Hari ini dalam becak yang keronik Pak hasan banun telah mengadakan kenduri kawin cucunya, anak allahyarhamah Lina. Bagai pinang di belah dua mempelai berdua, sesuai sungguh dimata sepet saya. Juga saya ucapkan tahniah serta aman bahgia hingga ke akhir hayat. Tapi sebelum tu Pak Hasan tak patut sungguh. Bagi le signal dulu nak tembak senapang patah tu masa pengantin sampai. Tekejut berok weh kawan dibuatnya.
Dan malam ini hujan sudah berhenti, tapi siaran astro saya masih juga tiada gambar. Entah apa yang tak kena pun taktau lah. Tu yang buat sedikit catatan di blog ini.
Sunday, December 27, 2009
Thursday, January 29, 2009
Rindu seorang sahabat
Kampungku
Di perkampungan ini
Indah, dingin
Dan senyap
Segalanya baru
Nama pun kg baru
Kampung ini. Meski bukan sesenyap yang ku sangkakan. Tapi masih pemalu. Penuh rahsia.
Namun dalam kesopanannya. Rupanya ia liar. Penuh nafsu
Dan baru kutahu. Kampung ini. Bukan perawan lagi.
Kampung ini, permata yang hilang.
Ingatan ini sebenarnya tidak dapat dibendung langsung, dan aku membiarkan ianya belegar untuk mengingati semula setiap lurah-lurah kehidupan serta juga insan-insannya.
Sahabatku,
Bila sudah saban hari, tujuh hari seminggu kita hidup di dalam suasana hening, damai dengan kicauan burung, kokokan ayam serta rengekkan sang cengkerik sehingga sebati dan sudah menjadi budaya kehidupan kita, makanya akan menjadi semacam terasa kehilangan sesuatu bila di suatu pagi yang lain, di suatu hari yang lain, bila kita mendapati suasana terkejar-kejar, bersesak-sesak, berjejal-jejal, keserabutan dan keseliratan menyelubungi kehidupan kita, seolah-olah semuanya itu menghimpit kehidupan kita, sejak terbukanya mata dipagi nan rimas sehingga terlelap dimalam yang sudah hilang kedinginan. Bolehkah kita hidup dalam dunia yang sebegitu?
Yang pasti sahabat ku Ariff boleh. Mungkin beliau amat menghayati slogan ‘Malaysia boleh’
Telah bertahun sahabatku yang ini merempuh kesesakan dunia kota.
Entah kenapa tetiba saja ingatanku teringat pada beliau dan keluarganya pagi ini.
Aku tidak pasti samada diri ini masih berada dalam ingatan beliau atau tidak..

Tuesday, January 20, 2009
Senarai Ahli JKKK Kg Baru Sg Ling Sesi 2009
Pada 8-1-09 dengan rasminya telah diumumkan senarai ahli JKKK yang baru bagi kampung ini. Kepada mereka yang telah dibersarakan jutaan terimakasih diucapkan diatas komitmen yang telah diberikan kepada kampung dan penduduknya.
Kepada mereka yang baru menduduki kerusi JKKK adalah sangat diharapkan agar dapat memberi sepenoh daya tenaga, buah fikiran dan sebagainya untuk kemajuan dan keselamatan kampung kita ini. Selamat bertugas saya ucapkan.

Pengerusi
Hamzan Kamar b Mohd Sanosi
Setiausaha
Mohd Nor b Senawi
Bendahari
Hj Iberahim b Abas
Biro Keselamatan
Maarof b Tuhirin & Zainal Abidin b Bujang
Biro Infrastruktur & Kemudahan Awam
Mohd Sani b Hamzah & Helmi b Emran
Biro Ugama
Mohd Rade b Darus
Biro Belia, Kebudayaan & Sukan
Mohd Fadzil b Hashim
Biro Kebajikan
Samsul Azman b Abdul Mohid
Biro Kecerian Kampung dan Hal Ehwal Wanita
Siti Samiah bt Tukiman & Satipah bt Lamen
Tugas-tugas Khas
Zulkifli b Saru
Salehem b Ismail
Marhaini bt Mohd Hasbollah
Subscribe to:
Posts (Atom)