Aslammualaikum semua.
Hampir setiap hari hujan menitiskan airnya dari langit. Semalam bukan sekadar menitis aje, tapi mencurahkan airnya kebumi ini. Maka dengan itu rumah Arop sudah melewati betis paras airnya. Tapi mujurlah sekejap aje dan air kembali surut pada waktu tengah malam. Hilang lah kerisauan diwajah arop.
Semalam juga Kg baru sg ling juga dengan rasminya telah menerima satu keluarga baru menjadi warganya. Nik Mud dan pasangannya Mek Yah mengadakan kenduri doa selamat dan aqiqah, sempena berpindah kerumah baru mereka yang baru saja siap. Selamat datang Nik Mud dan keluarga ke kampung ini saya ucapkan moga dengan kehadiran kalian dapat menyumbang kebaikan terhadap kampung dan warga disini.
Oh semalam juga sengkak perut orang sungai ling kerana Pak Ambih juga telah mengadakan kenduri kawin anak perempuannya. Meriah sungguh majlisnya, bertambahlah seorang lagi menantu Pak Ambih. Kepada kedua mempelai saya ucapkan selamat pengantin baru, semuga kekal bahagia hingga keakhir hayat.
Hari ini dalam becak yang keronik Pak hasan banun telah mengadakan kenduri kawin cucunya, anak allahyarhamah Lina. Bagai pinang di belah dua mempelai berdua, sesuai sungguh dimata sepet saya. Juga saya ucapkan tahniah serta aman bahgia hingga ke akhir hayat. Tapi sebelum tu Pak Hasan tak patut sungguh. Bagi le signal dulu nak tembak senapang patah tu masa pengantin sampai. Tekejut berok weh kawan dibuatnya.
Dan malam ini hujan sudah berhenti, tapi siaran astro saya masih juga tiada gambar. Entah apa yang tak kena pun taktau lah. Tu yang buat sedikit catatan di blog ini.
Sunday, December 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment